Monday, September 15, 2014

Motor dan Beg Galas

Waktu pagi hari Isnin macam biasa saya akan bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Walaupun terkadang rasa layu kerana dua hari sudah berehat dan kini perlu bekerja pula, namun digagahkan jua langkah. Ini lah rezeki yang telah Allah swt tetapkan buat diri ini. Syukur.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

Langkah keluar rumah disertai permintaan pertolongan dan perlindungan kepada Allah Maha Kuasa.

Niat setiap hari mahu lihat dan faham segala kebaikan yang telah Dia sediakan buat saya yang banyak kekurangan ini.

Nah, waktu keluar simpang rumah saya disajikan dengan pemandangan yang menginsafkan.

Kecil sahaja mungkin, namun bila difikirkan, seribu satu macam hikmah boleh diambil iktibar.

Sepasang suami isteri yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motor di apit dengan tiga orang anak-anak kecil. Disangkut pula di bahu isteri beg galas, ke taska barangkali.

Mereka masih cekal ke tempat kerja. Masih kuat menghantar anak-anak ke taska mengharapkan anak-anak kecil itu memahami tugasan dan tanggungjawab mencari nafkah buat keluarga. Walaupun bermotor tiada teduhan tika panas dan hujan.

Saya berfikir sejenak.

A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
Surah ar - Rahman (55:13)

No comments:

Post a Comment