Monday, September 15, 2014

Dinding Hati

Kita dilahirkan suci murni, tiada sebarang penyakit hati. Namun dalam proses membesar kita akan berhadapan dengan bermacam rintangan dan ragam manusia. Manusia ego contohnya. Penyakit hati yang berangkai dan berjangkit tanpa kita sedar. Bagaimana?

Contoh, kita bertemu dan mengenali seseorang yang ego dan sukar. Kita semakin terluka lalu kita akan bina 'dinding' hati. A total shutdown. Tiada rasa. Lalu kita bertemu dengan keadaan dan watak yang lain. 'Dinding' hati masih ada malah diperkuatkan lagi binaannya. Nah, watak lain pula yang menjadi mangsa. Kita yang asalnya mangsa kini jadi pemangsa.

Cycle ini akan berterusan sampailah suatu ketika pintu hati diketuk dengan kasih sayang Allah, melalui kasih sayang watak lain yang benar benar jujur mahu meruntuhkan 'dinding' hati. Namun, jika kita masih ada dinding itu runtuhkanlah ia di dalam sujud. Jangan tunggu watak lain. Ini hidup kita, hati kita. Jangan biarkan keras lama-lama. Kerana ia milik Allah jua.

Hati yang bersih itulah yang menjadi ukuran buat kita, syurga atau neraka.

No comments:

Post a Comment