Wednesday, September 17, 2014

Istikharah

Saya hanyalah manusia biasa, tiada apa-apa. Jika kekuatan yang dilihat pada diri saya, percayalah itu datangnya dari Allah (swt), kerana saya lemah. Jika kelembutan yang dilihat, nyatalah itu juga datang dari Allah (swt), kerana Dia lah Ya Lateef. 

Perkongsian ini hanyalah sebagai peringatan buat diri ini yang seringkali alpa dalam kehidupan seharian. Suatu ketika nanti ketika lembaran catatan ini dibuka kembali, dapatlah saya meniti hikmah yang telah Dia sediakan sepanjang umur yang berlalu. 

Ajaibnya Istikharah. 

Sungguh, kita semua umat Islam tahu akan perihal istikharah. Tatkala dua atau mungkin lebih pilihan baik yang ada di tangan, lantas keputusan segera perlu dibuat. Perbincangan dah pun dilakukan. Tapi hati masih lagi berbelah bahagi. Yang ini atau pun yang itu? Alahai hati. Berbolak balik qalb ini. 

Tunggu atau pun pergi? 

Selepas tamat SPM beberapa tahun yang lepas, seperti juga pelajar-pelajar lain, saya mengharapkan tempat yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran. Target: Asasi atau pun Matrikulasi. Setahun, fast paced education before degree. Asasi Universiti Malaya (PASUM) menjadi pilihan terutama. Tetapi pengharapan tidak kesampaian disebabkan surat tawaran dari PASUM tidak kunjung tiba, sebaliknya tawaran dari Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) yang tiba dahulu di peti surat. Alhamdulillah ala Kulli Hal. Ketika itu sedih dan kecewa juga, perbincangan dengan abah dan emak dan beberapa sumber yang lain membuatkan saya rasa boleh juga ditunggu lagi dan dihantar surat rayuan supaya mudah-mudahan diterima ke PASUM. Tetapi penungguan juga menyeksakan. Tidak mahu nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. 

Lantas atas nasihat abah, saya lakukan solat istikharah. Usai istikharah, hati makin yakin. Makin tenang. Makin tekad. Saya teruskan dengan KMNS. Saya fikir inilah yang dikehendaki Allah (swt). Segala kelengkapan dibeli, dan tarikh pun makin dekat. Saya belajar bersyukur. Seminggu berada di KMNS, subhanaAllah Allah letakkan saya dengan rakan-rakan yang baik budi pekerti semuanya (merindui mereka ketika ini), tidak terasa asing langsung walaupun adakalanya home sick. 

Tapi benarlah, setiap kejadian Allah tetapkan hikmahNya. Hampir sebulan di KMNS, saya mendapat khabar berita PASUM sedang menerima kemasukan pelajar-pelajar baru bagi menggantikan pelajar mereka yang ke luar negara. Ini satu peluang! Dengan bersungguh-sungguhnya saya sediakan segala macam dokumen dan surat dihantar pada pihak PASUM. Niat dikhabarkan pada emak abah. Mereka menerima, tetapi bertanya pada saya adakah benar ini yang saya mahukan sedang di KMNS juga baik tempatnya bahkan dikelilingi rakan-rakan dan persekitaran yang baik. Ya emak, ya abah! Ini yang Mimi mahukan. Syukur alhamdulillah, tidak lama kemudian saya mendapat panggilan dari PASUM. Saya diterima. Tidak mahu memikirkan batch keberapa mahupun banyak mana yang telah tertinggal, saya tahu saya boleh sahut cabaran ini. Ya! 

Sungguh, Allah (swt) itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. 

Ajaibnya Istikharah.

Baik untuk diri ini ataupun tidak? 

Kini usia saya sudahpun layak digelar dewasa. Perlakuan dan pemikiran masih jauh perlu diubah. Seiring dengan proses kehidupan ini, saya juga tidak ketinggalan memikirkan soal jodoh. Dulu jika ditebak persoalan kahwin, mahu meradang juga dibuatnya kerana saya rasa usia masih mentah dan terlalu banyak lagi kekurangan diri. Tapi kini, saya semakin terbuka minda. Mereka yang bertanya kerana mengambil berat, saya positifkan diri. Tidaklah bermaksud saya tidak mahu berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Saya juga mahukan itu, siapa yang tidak mahu? Tapi jodoh pertemuan, rezeki dan ajal ketentuanNya, bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Pengalaman lalu juga membuatkan saya lebih berhati-hati. 

Perkenalan dengan seorang jejaka beberapa bulan yang lepas kembali membuka hati ini sedikit demi sedikit. Perkenalan sudah lama sebagai rakan sahaja, cuma beberapa bulan yang lepas perkenalan hati ke hati baru bermula. Jujur saya sukakan cara pemikirannya. Tahu apa yang perlu dibuat tatkala kesusahan datang menjelma. Tetapi sesuatu dalam hati seakan tidak merasai keyakinan. Komunikasi demi komunikasi telah pun dilakukan. Semakin lama semakin saya yakin bukan dia lah orangnya. 

Bagaimana?

Istikharah. 

Pertama kali membuat istikharah, hati saya seakan lega. Tidak tahu apakah kelegaannya tapi itulah yang dirasakan. Kemudian tidak lama selepas itu saya mendapat khabar berita yang kurang enak. Bukanlah saya yang mencari berita, tetapi itulah kuasa Allah mahu saya tahu. Dalam hati terdetik, wah masih buka option lain rupanya. Saya bersyukur. 

Tetapi was-was muncul. Mungkin kerana dia kembali merapati. Ah, adakah dia tahu atau pun tidak tahu apa yang dia mahukan? 

Kami berkomunikasi seperti biasa tetapi saya cuba menjarakkan diri. Makin lama hati kembali terbuka. But it was stale. Lantas saya fikirkan, ini tidak boleh jadi. Keputusan muktamad perlu dilakukan. 

Istikharah lagi. 

Sungguh Allah itu Maha Besar, Maha Kuasa. Sehari selepas istikharah Allah tunjukkan di depan mata saya sendiri apa yang perlu saya lihat untuk meyakinkan diri ini yang mudah tergelincir daripada panduanNya. Dalam terkejut ada sedih ada lega. Paling besar dan dalam rasanya saya sedar betapa Allah sayangkan saya dan Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk diri saya. Saya doakan semuanya bahagia hendaknya. 

Pada dia sempat saya katakan "Selamat tinggal. Nanti jangan lupa jemput!" 
    
Kini saya semakin bahagia. Semakin bahagia dengan kasih Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. 

Ajaibnya istikharah, Ajaibnya Kuasa Allah. Semoga intipati tulisan ini dapat membantu mereka yang membaca insyaAllah. 

Monday, September 15, 2014

Dinding Hati

Kita dilahirkan suci murni, tiada sebarang penyakit hati. Namun dalam proses membesar kita akan berhadapan dengan bermacam rintangan dan ragam manusia. Manusia ego contohnya. Penyakit hati yang berangkai dan berjangkit tanpa kita sedar. Bagaimana?

Contoh, kita bertemu dan mengenali seseorang yang ego dan sukar. Kita semakin terluka lalu kita akan bina 'dinding' hati. A total shutdown. Tiada rasa. Lalu kita bertemu dengan keadaan dan watak yang lain. 'Dinding' hati masih ada malah diperkuatkan lagi binaannya. Nah, watak lain pula yang menjadi mangsa. Kita yang asalnya mangsa kini jadi pemangsa.

Cycle ini akan berterusan sampailah suatu ketika pintu hati diketuk dengan kasih sayang Allah, melalui kasih sayang watak lain yang benar benar jujur mahu meruntuhkan 'dinding' hati. Namun, jika kita masih ada dinding itu runtuhkanlah ia di dalam sujud. Jangan tunggu watak lain. Ini hidup kita, hati kita. Jangan biarkan keras lama-lama. Kerana ia milik Allah jua.

Hati yang bersih itulah yang menjadi ukuran buat kita, syurga atau neraka.

Motor dan Beg Galas

Waktu pagi hari Isnin macam biasa saya akan bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Walaupun terkadang rasa layu kerana dua hari sudah berehat dan kini perlu bekerja pula, namun digagahkan jua langkah. Ini lah rezeki yang telah Allah swt tetapkan buat diri ini. Syukur.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

Langkah keluar rumah disertai permintaan pertolongan dan perlindungan kepada Allah Maha Kuasa.

Niat setiap hari mahu lihat dan faham segala kebaikan yang telah Dia sediakan buat saya yang banyak kekurangan ini.

Nah, waktu keluar simpang rumah saya disajikan dengan pemandangan yang menginsafkan.

Kecil sahaja mungkin, namun bila difikirkan, seribu satu macam hikmah boleh diambil iktibar.

Sepasang suami isteri yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motor di apit dengan tiga orang anak-anak kecil. Disangkut pula di bahu isteri beg galas, ke taska barangkali.

Mereka masih cekal ke tempat kerja. Masih kuat menghantar anak-anak ke taska mengharapkan anak-anak kecil itu memahami tugasan dan tanggungjawab mencari nafkah buat keluarga. Walaupun bermotor tiada teduhan tika panas dan hujan.

Saya berfikir sejenak.

A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
Surah ar - Rahman (55:13)

Sunday, September 14, 2014

Harta Karun

Dahulu masa kecil, buku dan saya memang tidak dapat dipisahkan. Seperti rakan baik, susah nak ditinggalkan!
Pernah suatu malam, emak dan abah mengajak saya keluar bersama makan malam. Saya pula ketika itu khusyuk bermain dengan buku-buku yang dimiliki. Pelawaan emak dan abah ditolak.
"Tak apa, Mimi tinggal rumah. Mak abah pergilah. Mimi jaga rumah"
Kata saya yang masih belum bersekolah ketika itu. Emak abah akur sahaja meninggalkan anak sulong mereka di rumah ditemani buku-buku dan cerita McGuyver di TV, juga kegemaran saya ketika itu.
Sungguh, buku-buku lah harta karun paling bernilai buat saya. Terima kasih emak abah perkenalkan dengan hobi yang sangat bermanfaat!

Wednesday, September 10, 2014

It was contagious!

Today I bumped into a couple whose happiness was so contagious that I smiled all the way to the office. I was actually worried that ppl would think I'm a lunatic lol. They were both visually impaired, the wife guiding her husband at the back while holding their maybe 3 year old daughter who was also a jovial kid!
We often complain about our misfortune and neglect the blessings that we have whilst others are enjoying what they have to the fullest.
From these pakcik and makcik, I have learned that happiness does not come from a pretty or handsome face, the latest car in town, or that new jewellery you bought. It comes from the heart being content with Allah (swt). This couple had really proved it!
We or I in particular might see through our naked eyes that this couple is visually impaired but maybe Allah (swt) sees them as one of the most beautiful creation of His. Maybe much much more beautiful than us, the so called perfect and flawless human being. Because our hearts are not the same & Allah knows best.

Monday, September 8, 2014

The Beauty of Transitions.


The transition from day to night, sunset as we call it; 
Possesses beauty that dims through our world,
Leaving marks in our memory.
"Ah, that sunset moment." 

Thus is humans.
The transition of our life from one phase to another,
Magnifies beauty through strength.
The strength of changing,
The strength of leaving,
The strength of knowing,
That what is coming afterwards, 
Possesses an even greater beauty of its own.


Sunday, August 3, 2014

Embracing Feelings and Staying Grounded.

In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful. All praises belong to Allah and Allah only.

For these past two years, I have come to learn that valuing ourselves is the biggest gift that one can reward oneself. It is true that through brokenness, lights will enter and eventually it will lead us to wonderments of life. By these, I meant the discovery of our truer self and purpose of life.

A gentle reminder though. Writing this is not an easy thing to do as I need to unfold my memories in which it was full of emotion, confusion, and imbalance on my part due to my own blunder. Yet, no harm is intended as all of these are causes that made me seek Him the Almighty. Alhamdulillah ala kulli hal.

One good thing leads to another.

As I was searching ways to heal myself, with Allah’s guidance I discovered abundant of resources chained and linked to one another. Of course, the Quran itself is a means to heal oneself. Holistic healing comes from the word “Whole”. When we are whole, we are deeply connected to ourselves at the physical, emotional, mental and spiritual level.

“And We reveal of the Quran that which is a healing and a mercy to the believers, and it adds only to the perdition of the unjust” – Surah Al-Isra (17:82)

Read the Quran when you are confused and when you need answers. It is as if Allah Azza Wa Jalla is talking directly to you, helping you in a way that you could have never imagined. To merely write my feelings would be an understatement in and of itself and would do unjust to Allah’s mercifulness. So you have to experience yourself how Allah is talking to you when you need Him the most. Put your ego in the dustbin and you will melt out of His love for you, SubhanaAllah.

The Journey of Meeting Beautiful Souls.

Moving forward, I met beautiful people with beautiful souls. Each of them has their own stories, some so deep and unthinkable that I have no capacity to digest. To compare theirs with mine, gosh, I can almost hear myself saying “Come on Mimi! Your trial is not as big as theirs! Why so sullen?!”  But criticizing myself for feeling that way certainly did not help much.

Trying to Be Whole Again.

Instead, as what I have learned from Hakim Sidi Archuletta (will get to that later) we should identify our feelings and sensations, most importantly recognize and embrace them! Feel those emotions, if you have to cry it out then cry. If you’re angry about something then be so as long as you know how to properly react upon it. Hakim means traditional Islamic doctor, a person who cures illness through wisdom. Hakim Archuletta has been teaching natural healing in the essence of spirituality through Islamic doctrines. Humans are design to shut down emotion when we are constantly being hurt. These 3 fears are what hindering us from getting in touch with our own feelings.

1.       Fear of being open
2.       Fear of reaching out / fear of being rejected
3.       Fear to speak out
Sound familiar? You bet they are.

Accept What Is, Let Go Of What Was.

So instead of shutting down my emotions and feelings, I reach out to them. I feel them across my body. I understand them. I reconnect with nature. When I recalled back the experiences that I thought were hurting me, I search for the wisdom behind them. Instead of blaming the situation or other person(s) in which I find it hard to do because I have lost that ego, I have only myself to hold accountable. The people, the situations, are all part of what have been decreed by Allah (swt) as tools to teach me the lessons in life and for everyone to grow. Accept what is, and let go of what was. Forgive everyone and most importantly forgive myself.  I feel more comfortable in my own skin now and am happier with true happiness! Hehe. Alhamdulillah. Though I am still not sure where my life will lead to, I realize that it is all about finding the meaning of every action I do. After all, life is a journey yes?