Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Motor dan Beg Galas

Waktu pagi hari Isnin macam biasa saya akan bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Walaupun terkadang rasa layu kerana dua hari sudah berehat dan kini perlu bekerja pula, namun digagahkan jua langkah. Ini lah rezeki yang telah Allah swt tetapkan buat diri ini. Syukur.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

Langkah keluar rumah disertai permintaan pertolongan dan perlindungan kepada Allah Maha Kuasa.

Niat setiap hari mahu lihat dan faham segala kebaikan yang telah Dia sediakan buat saya yang banyak kekurangan ini.

Nah, waktu keluar simpang rumah saya disajikan dengan pemandangan yang menginsafkan.

Kecil sahaja mungkin, namun bila difikirkan, seribu satu macam hikmah boleh diambil iktibar.

Sepasang suami isteri yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motor di apit dengan tiga orang anak-anak kecil. Disangkut pula di bahu isteri beg galas, ke taska barangkali.

Mereka masih cekal ke tempat kerja. Masih kuat menghantar anak-anak ke taska mengharapkan anak-anak kecil itu memahami tugasan dan tanggungjawab mencari nafkah buat keluarga. Walaupun bermotor tiada teduhan tika panas dan hujan.

Saya berfikir sejenak.

A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
Surah ar - Rahman (55:13)

Sunday, September 14, 2014

Harta Karun

Dahulu masa kecil, buku dan saya memang tidak dapat dipisahkan. Seperti rakan baik, susah nak ditinggalkan!
Pernah suatu malam, emak dan abah mengajak saya keluar bersama makan malam. Saya pula ketika itu khusyuk bermain dengan buku-buku yang dimiliki. Pelawaan emak dan abah ditolak.
"Tak apa, Mimi tinggal rumah. Mak abah pergilah. Mimi jaga rumah"
Kata saya yang masih belum bersekolah ketika itu. Emak abah akur sahaja meninggalkan anak sulong mereka di rumah ditemani buku-buku dan cerita McGuyver di TV, juga kegemaran saya ketika itu.
Sungguh, buku-buku lah harta karun paling bernilai buat saya. Terima kasih emak abah perkenalkan dengan hobi yang sangat bermanfaat!